HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



2 Nov 2012 @ 14:16
Title: umur..



            Dah masuk bulan November. Tak lama dah nak masuk tahun 2013..maka umur pon akan meningkat menjadi 25 tahun pada 2013..wah.. da besar..dah boleh kawin..Alhamdulillah perjalanan hidup semakin lancar,berjaya capai cita cita diusia sekarang walaupon masih lagi dalam peringkat permulaan dan diharapkan diumur 25 tahun nanti, perancangan untuk mendirikan rumah tangga juga akan tercapai..amin.

            Bile bercakap pasal umur yang makin meningkat nie,teringat kat mak yang dari dulu sampai sekarang xpenah rasa umur saya makin meningkat..bagi mak, tiap2 tahun umur saya adalah 20 tahun..dua tahun lepas bile kawan kawan mak tanya umur saya, mak akan jawab,"kecik lagi,umur baru 20 tahun".. Tahun lepas pon mak jawab yang sama..tahun ini juga jawapan yang sama..dan mungkin tahun tahun yang akan datang pon jawapan mak tetap sama,anak bongsunya ni umur 20 tahun..bila ditanya kenapa? mak akan jawab,"sebab mak nampak kamu ni kecik jer xpenah besar2,sebab tu mak selalu lupa berapa umur kamu"..oh mak..aduhai..entah bila saya akan nampak dewasa dimata emak.. jadi, 31 Disember 2011 tahun lepas, tepat pukul 12 malam,saya dan emak duduk bersila di depan rumah hamster. Sambil melihat hamster berlari lari dalam bolanya, saya cuit bahu mak sambil cakap "mak dah tepat 12 malam, da masuk tahun 2012, tahun 2012 ni umur adik 24 tahun tao "..dengan harapan tahun 2012 mak tak akan lupa lagi berapa umur saya.. dan mak pon senyum tanda paham.. Tapi beberapa bulan lepas tu, saya jemput mak balik kerja dan kawan kawan mak tanya soalan soalan yang biase ditanya..oh kelakarnya bila jawapan mak tetap 20 tahun..mungkin 31 disember tahun ini tepat pukul 12 malam saya perlu guna cara lain untuk ingatkan mak kot..hehe..
umur 21 hingga 24..ada perubahan x?

           Masih lagi mengenai umur, rezuwanku yang dicintai sebenarnya muda dari saya..bukan muda setahun, tapi dua tahun tao..membuatkan saya tertanya, boleh ke saya panggil rezuwan 'abang' bila da jadi suami isteri nanti? panggilan 'abang' bukan untuk perli sebab dia muda dari saya, tapi sebab menghormatinya sebagai suami dan saya tak nak rezuwan ada perasaan yang saya ni tua 2 tahun dari dia..sebab tu nak panggil abang.. tak salah kan? lagipon kalau orang dengar saya panggil rezuwan 'abang' pon, tak ade sape tao saya lebih tua dari dia..sebab saya nampak lebih muda dari rezuwan..(*perasan)..
Rezuwanku =)

           Tak lari lagi cerita tentang umur, di usia 24 tahun ni ramai kawan kawan yang sebaya saya dah pun mendirikan rumah tangga. Ada yang dah anak dua, anak sorang, dan ramai jugak yang sedang mengira bulan menanti kelahiran baby pertama. Tapi saya? oh xpe..umur 24 tahun ni bukan la diketogrikan sebagai anak dara tua walaupon ramai yang tertanya tanya "ko bila lagi?"..bagi saya 24 adalah peringkat awal dewasa atau permulaan dewasa untuk memulakan kerjaya n hidup.. jadi saya tak perlu kisah jika ada yang bertanya "ko bila lagi?".. mungkin mereka bolah berumah tangga awal kerana lepas spm kebanyakannya terus bekerja sedangkan saya dipaksa oleh keluarga untuk sambung belajar. Tapi alhamdulillah, berkat dipaksa ni la sy sudah menjadi wanita bekerjaya..tapi semakin hari semakin ramai plak yang datang dengan soalan "ko bila lagi?" membuatkan saya tak senang duduk..terutamanya bila pergi ke majlis perkahwinan kawan kawan atau bila kawan kawan dapat baby baru..aduhai..jadi terpaksa la saya ambil keputusan untuk berkahwin tahun depan dengan harapan tak ada lagi soalan "ko bila lagi?"..

          Walaupon mak selalu lupa umur saya, walaupon umur saya tua dua tahun dari rezuwan, dan walaupon kawan kawan selalu tanya "ko bila lagi?", saya tak perlu jadi seperti sesetengah orang yang suka sorok umur sebenar kerana saya bangga umur saya semakin meningkat dewasa dan saya harap semoga rezeki juga akan bertambah seperti meningkatnya umur saya. amin..


Written by : Ecah Khalili | 2 Comment(s)