HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



26 Sept 2014 @ 17:43
Title: Day 1 : Pengalaman Bersalin Nur Raisha Auni : Salam Medical Centre Shah Alam



Lama betul tak update entry. Sejak dah ada anak dara ni blog tak terurus. Blogwalking pon tak sempat. InsyaAllah nanti ada masa Ecah follow balik mana yang baru follow blog Ecah tu. Sorry yer. Dah lama sangat entry pengalaman bersalin ni terperam dalam draft. Tulis sikit lepas tu save. Ade masa sambung sikit-sikit.

Alhamdulillah Ecah menikah 26/10/2013 n tak lama lepas tu Ecah bunting pelamin. Awal mengandung macam-macam yang Ecah lalui. Takde selera makan sampai badan susut sangat, morning sickness yang teruk, gigi berdarah, bab mengidam tak payah cakap la tiap-tiap hari mengidam, n pengalaman yang paling teruk sekali bila doktor nak gugurkan kandungan Ecah sebab doktor kata anak Ecah dah meninggal dalam perut.(Baca entry kat SINI).

Sebelum bersalin macam-macam persediaan Ecah buat. Start 7 bulan Ecah dah buat urutan perineum n minum minyak kelapa dara. Makin dekat dengan due date, Ecah ketuk ketampi, jalan ulang alik dalam rumah 100 pusingan sehari, turun naik tangga ofis n macam-macam la lagi. Dengan harapan nak mudah bersalin. Tapi overdue jugak. Hehe.

Ok, sepatutnya due Ecah bersalin hari raya. Tapi Auni tak mau keluar pulak masa hari raya. Kalau tak memang Ecah letak tabung khas duit raya Auni kat tepi katil. Haha. Doktor bagi tempoh sampai 3/8/2014. Kalau tak bersalin jugak, esoknya Ecah akan diinduce. Tiap hari Ecah berdoa berharap tak kena induce. Kakak Ecah kata, buat solat hajat mintak dipermudahkan. Tapi Auni tetap seronok duduk dalam perut. Manja sangat sampai tak mau keluar. 3 hari sebelum tarikh induce yang doktor bagi, Ecah mula rasa sakit sangat-sangat kat bahagian ari-ari. Tapi sakit datang tak tetap. Kadang-kadang 4 jam sekali, kadang 2 jam sekali. Sekali sakit datang, sampai nak bangun pon tak mampu. Ecah ingatkan ada harapan Ecah bersalin sebelum tarikh induce, rupanya tak. Tuhan dah tetapkan ecah terpaksa serah diri jugak.

4 Ogos 2014
Pukul 5.30 pagi Ecah, suami, mak, n kakak gerak dari rumah. Sampai Salam Medical Centre lebih kurang pukul 6.15 pagi. Pukul 7 pagi Ecah kena admit so cari kedai makan area hospital. Mak suruh isi perut dulu. Nanti tak ada tenaga katanya kalau tak makan. Ok. Siap makan. Terus masuk SALAM register untuk masuk wad. Masuk labour room untuk buat CTG n check bukaan. Masa buat CTG ni nurse kata ada 2 kontraksi. Eh, ye ke?Tak rasa sakit pun. Lepas tu check bukaan pintu rahim. "Ok, dah buka 1 cm". Pheww. Lega bila nurse cakap dah ada bukaan. Ecah ingatkan bila dah ada bukaan tak kena induce la. Rupanya tetap kena induce jugak sebab dah overdue. Alaaaa..

Nurse bawak pergi bilik. Ecah tengok suami dah tunggu depan pintu bilik. Maybe nurse dah bagitau kat suami tu bilik Ecah kot. Masuk je bilik terkejut Ecah. Wahh..besarnye bilik. Bilik air pun besar bilik tidur rumah Ecah. Ada tv n boleh tengok siaran astro ok!! Haha.. Ok la. Tak la boring sangat kalau suami kena balik. Ada 2 jug atas meja. Air panas n air sejuk. "Saya balik kejap ambik toto n selimut. Nurse kata kitorang boleh tidur n teman awak kat sini". Yeahh.. Confirm tak boring ada suami, mak n kakak sepanjang waktu Ecah kat sini.

Lebih kurang pukul 10 pagi doktor Asmah datang n check bukaan pintu rahim lagi. Yang bestnya dekat SALAM ni, nurse akan tanya nak suami n mak keluar or tak masa doktor check. Ecah cakap tak payah. Ecah nak mak, kakak n suami teman. Trauma betul bab check bukaan ni. Sakitnya ya adoiii. Masa tu terpikir, ni baru sakit check bukaan, belum lagi sakit bersalin. Sambil doktor check Ecah cuba tenangkan diri sambil baca doa Nabi Yunus. Suami kat sebelah genggam tangan Ecah untuk tenangkan Ecah. Adess.. Still 1cm. Lepas tu mula la proses induce. Doktor Asmah masukkan ubat pertama. "Lepas ni jangan bangun selama 1jam. Lepas 1jam awak boleh jalan-jalan untuk mudahkan proses bukaan".

Tak lama lepas Doktor Asmah keluar, dah boleh request menu tengahari. Ecah mintak ikan masak kicap n sayur. Sampai je makanan, mak suruh makan cepat sementara tak sakit lagi. Nanti dah sakit tak selera makan. Lepas je makan dah mula rasa perut tegang. Sakitnya ya adoiii. Tuhan je tau. Tiap kali sakit tu datang, suami genggam tangan Ecah. Terharu sebenarnya sebab suami tak tinggalkan Ecah langsung sepanjang kontraksi bermula. Sentiasa ada kat sebelah sambil genggam tangan Ecah. Makin lama makin sakit. Lepas tu nurse datang buat CTG lagi. Ok, dari keputusan CTG tu, kontraksi dah mula datang secara tetap. Lepas tu Ecah n suami jalan-jalan kat luar bilik. Gagahkan jugak diri berjalan walau sakit.

Lebih kurang pukul 1, Ecah rasa sakit tu hilang. Eh, kenapa tak sakit pulak ni? Pelik jugak. Kakak Ecah dulu masa kena induce siap terpejam-pejam mata mintak ampun dari mak sampai mak menangis teresak-esak tengok kakak menahan sakit yang teramat sangat. Ecah pulak kejap je sakit. Siap boleh lepak dalam bilik tengok tv sambil makan roti cicah milo. Haha.

Lepas Asar, Ecah duduk kat katil dengan suami. Kami baca Surah Maryam untuk memudahkan bersalin. Tak sempat habis baca, Doktor Asmah masuk lagi. Check lagi bukaan pintu rahim. Still 1 cm lagi!! Eh, sakit kemain lagi tadi. Tapi masih 1cm lagi? Adoiiii. Doktor Asmah cakap nak tolong bukakkan pintu rahim guna jari dia. Ya Allah. Sakitnya. Lagi dasyat sakitnya dari yang sebelum ni. Mulut tak putus-putus dengan doa Nabi Yunus. Suami tak henti-henti suruh Ecah sabar. Bila Doktor Asmah keluarkan jari, Ecah tengok ada darah kat jari dia. "Kepala baby jauh kat belakang lagi. Kita induce lagi yer. Saya masukkan ubat kali ke-2". Masuk ubat lagi?aduhaii. Kena seluk lagi. Ecah pejam mata rapat-rapat tahan sakit. Lepas Doktor Asmah tolong bukakkan bukaan tu, jadi la 2cm. Ok, dah 2cm. Harap cepat la bukaan ni.

Lepas tu tak boleh bergerak lagi selama 1 jam. Rasa masa cepat sangat berlalu. Ecah request makan malam. Ikan dori sweet sour. Hamboii selera kemain kan!! Haha. Lepas ni dalam pantang kan dah tak boleh makan sedap-sedap. Lepas tu suami ajak jalan-jalan kat luar bilik lagi. Masa tengah jalan ni Ecah rasa macam ada benda mengalir dalam kain. Tengok kat lantai, Ya Allah..DARAH!! Ecah terus balik bilik bagitau kat mak. Mak suruh pergi cuci. Masuk je bilik air, darah makin banyak turun. Penuh lantai macam orang gugur. Alaaa.. Macam dalam drama tv tu. 2 orang Nurse datang bagi pad kat Ecah. Nurse kata biasa la tu sebab tadi Doktor Asmah tolong bukakkan laluan. Mak kelam kabut n risau sangat-sangat sebab sepanjang dia bersalin 5 orang anak, tak pernah darah turun penuh lantai macam tu. Lepas tu, Ecah berehat je atas katil. Tak berani jalan dah. Makan malam sampai, Ecah terus makan sebelum sakit masuk ubat kedua tu bermula. Tapi Ecah makan sikit je. Suami yang makan banyak sebab dia malas turun beli makanan.

Lepas makan malam, kesan ubat kedua tu mula rasa. Perut tegang tak henti-henti. Nurse datang buat CTG. Ecah harap subuh esoknya Ecah dah boleh bersalin. Nurse kata kontraksi dah mula datang secara tetap. Sakitnyaaa. Mak cakap kalau sakit jangan terjerit-jerit. Kita orang islam. Bila sakit tu datang seeloknya berzikir. Sepanjang sakit malam tu, mulut Ecah tak henti-henti dengan doa nabi Yunus.

Dalam pukul 9 malam, Ecah rasa sakit tu mula hilang balik. Ecah siap boleh makan roti cicah milo. Suami beli nasi, Ecah boleh makan nasi debgan seleranya. Haha. Tapi dalam hati Ecah dah mula risau. Kenapa tak sakit ni? Bukan ke kalau induce sakit ke? Kenapa Ecah sakit kejap je ni. Mula la tak senang duduk. Ecah takut bila doktor check bukaan, still 2cm lagi. Adoii. Tu yang Ecah tak nak dengar. Suami tak henti-henti tanya, "awak tak sakit ke?". Nurse pun tak tau la berapa kali masuk bilik tanya nak ubat tahan sakit tak. "Tak nak. Saya tak sakit". Berkerut muka nurse tu. Nurse datang buat CTG lagi. Degupan jantung baby ok, tapi tak ada kontraksi. Malam tu Ecah tidur dengan lenanya tanpa ada rasa sakit pun.

Err.. sampai sini dulu yer. Tak larat nak taip panjang sangat. To be continue..

Day 2 : Pengalaman Bersalin Nur Raisha Auni : Salam Medical Centre Shah Alam


Written by : Ecah Khalili | 9 Comment(s)