HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d1412738160919635079', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



24 Sep 2014 @ 20:59
Title: Auni Mengalami Masalah Kekeliruan Puting Susu



Sebelum bersalin dulu, Ecah dah banyak baca tentang baby yang keliru puting susu. Maybe sebab kerap direct breasfeed buatkan baby keliru antara puting botol susu dengan puting ibu. Banyak yang cadangkan sediakan botol mimijumi atau tommee tippee sebab seakan-akan puting ibu. So, sebagai persiapan sebelum melahirkan Auni dulu, Ecah sediakan botol susu tommee tippee sebab Ecah dah azam dari Auni lahir ecah nak bagi full breastfeed kat Auni. Masa Ecah bersalin dulu, Ecah bersalin cara czer. Badan lemah n kebas lepas bersalin sampai nak pegang or dukung Auni pon tak mampu. Jadi doktor tak benarkan Ecah menyusu Auni. Auni diletakkan kat bilik baby n tugas bagi susu kat Auni termasuk mandikan n uruskan Auni semuanya nurse yang buat. Risau jugak bila selama 3 hari Ecah kat hospital, Auni cuma 3 kali je direct breastfeed. Ecah takut bila terlalu kerap bagi botol kat Auni nanti Auni tak nak direct breastfeed. Tapi Alhamdulillah, lepas keluar hospital Ecah bagi Auni direct breastfeed, dia tak tolak.

Auni n Ecah duduk rumah je selama berpantang, no point kalau nak bagi Auni menyusu guna botol kan? So, Ecah teruskan je bagi Auni direct breastfeed tanpa fikirkan akan datang masalah lepas tu. Sebab bagi Ecah, tommee tippee tu seakan-akan puting ibu, tak akan jadi masalah akan datang. Rupanya Ecah silap. Pertama kali keluar dari rumah selama berpantang, Ecah balik rumah MIL. Terus pergi kenduri kawin dekat rumah MIL. Kerlass kau dalam pantang pergi kenduri ok!! Haha. Bila Auni menangis nak susu, Ecah bagi guna botol tommee tippee. Wahh..menjadi. Auni tak tolak langsung guna tommee tippee. Seronok kemain Ecah. Ecah bagitau kakak Ecah Auni pandai guna tommee tippee. Kakak kata "kecik lagi, die tak pandai bezakan lagi. Tunggu sebulan dua nanti bila dia dah bijak, masa tu baru tau sesuai ke tak puting tommee tippee tu dengan dia".. Masa tu Ecah macam endah tak endahkan je.

Lepas Auni dah sebulan lebih, dia makin bijak. Dah mula kenal mummy dia. Ecah pun saje bagi Auni menyusu guna botol. Keputusannya, Auni dah mula tolak botol!! Alamak, macam mana ni. Cuti berpantang dah nak habis. Tak lama lagi nak kena masuk kerja dah. Macam mana nak hantar kat pengasuh kalau Auni tak nak guna botol. Menangis-nangis Auni tolak puting botol susu guna lidah. Jenuh pujuk. Kadang dia nak. Kadang tak nak. Kalau dia nak pon sikit je Auni isap sebab dah lapar sangat. Dan semalam Auni dah mula tolak terus!! Sehari suntuk Auni tak nak menyusu merajuk bila bagi botol. Last-last Ecah mengalah. Selak jugak baju bagi direct breastfeed kat Auni. Kesian tengok dia lapar tapi sanggup tahan sebab tak pandai nak isap puting tommee tippee

Tommee Tippee ni simpan dalam almari je la sebagai tanda yang Auni tak berminat!!haha

Malam tadi Ecah bincang dengan suami nak beli mimijumi. Tapi kalau beli mimijumi tiba-tiba Auni tak nak jugak macam mana? Kesian tengok Auni hari-hari kena paksa dengan Ecah pakai botol. Sape tak sedih kan tengok anak menangis lapar. Tapi masa dah suntuk. Kalau tak biasakan dari sekarang nanti macam mana Ecah nak masuk kerja tak lama lagi. Cuti pun tinggal tak lama dah. Tiba-tiba teringat puting NUK yang SALAM Hospital bagi masa bersalin dulu. Masa dalam wad, nurse bagi Auni menyusu guna puting NUK. Suami kata, cuba dulu pakai NUK, kalau Auni nak kita beli set botol NUK. Kalau tak nak jugak baru beli mimijumi. 



Yang atas tu botol-botol Autumnz yang Ecah gunakan untuk simpan stok ebm untuk Auni. Ecah cuba padankan puting susu NUK dengan botol Autumnz tu. Ok muat!! Letak susu dalam tu n suami Ecah cuba bagi kat Auni. Masa tu Auni tak de la nangis nak susu pun. Saje je try. Sebab kalau direct breastfeed, walau Auni tak lapar atau menangis sekalipun, bila Ecah bagi die tetap isap or main kemam-kemam. Ok berjaya!! Auni terima puting NUK!! Siap main kemam-kemam macam mana bila dia memerap kat Ecah. Haha. Lega sungguh. Puting NUK ni leper n lembut seakan-akan puting ibu. Tak macam tommee tippee. Walaupun seakan-akan puting ibu tapi agak keras. Sejak dari malam semalam sampai ke hari ni Ecah terus bagi Auni menyusu guna puting tu buat sementara. Seronok tengok bila Auni main-main dengan puting tu. Tunggu suami cuti nanti nak terus beli set botol NUK.

Lena Auni tido kenyang dapat sebotol susu.

Alhamdulillah. Lega tengok Auni tidur lena. Tak payah beli botol mimijumi. Nasib baik ada puting susu NUK yang Salam Hospital bagi. Boleh cuba dulu sebelum beli. Dan yang paling lega sekali, dapat Ecah tinggalkan Auni dekat pengasuh nanti dengan tenang bila dah masuk kerja balik nanti.


Written by : Ecah Khalili | 2 Comment(s)