HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



16 Jun 2014 @ 12:07
Title: Akhirnya.. Set Bersalin Tanamera Jadi Pilihan




Dari mula mengandung lagi dah mula tercari-cari set bersalin apa yang sesuai. First time ni tak ada pengalaman lagi. Rasa risau tu sentiasa ada. Takut tersalah pilih. Badan ni nak pakai lama kan. Ramai yang cakap jangan ambil produk berasaskan jamu yang panas-panas. Nanti bagi kesan kat anak yang menyusu. Pulakkk. 

Tiba-tiba terpandang review tentang set bersalin Tanamera. Hati yang dah terpaut. Sebab Set Tanamera tak perlu makan or minum pil banyak. Mostly produk dia banyak untuk luaran. Dan yang paling terpaut ialah VCO (Virgin Coconut Oil). VCO ni boleh digunakan diawal kandungan 30minggu lagi. Untuk urutan perineum dan diminum untuk meminimumkan kesan koyakan ketika bersalin nanti.

Ecah beli di Alya's Beauty Shoppe dengan harga RM335 free sebotol VCO lagi. Ecah datang ambil sendiri di Petronas Sri Permaisuri malam semalam. Haa.. Jangan tak percaya. Serina Rezuawan dan Dynas Mokhtar pon guna Set Tanamera ni tau. Kalau artis tu confirm la pilih yang terbaik kan. Hehe

Balik dari ambil Set Tanamera ni, en.suami cakap "Puas hati dah dapat? Bukak la cepat, saya nak tengok sikit benda yang awak dok idam-idamkan sangat tu". Haa. Nampak tak. Suami Ecah pon da bosan sebab Ecah selalu sangat cakap pasal set bersalin ni je. Sampai tunjuk satu-satu dekat dia tentang pengalaman mereka yang dah pernah guna Set Tanamera ni dalam Majalah Pa&Ma. Hehe. 


OK. Setelah kotak dibuka. Jeng jeng jeng. Ni la produk yang terdapat dalam kotak besar tadi. Ada 10 item + 1 percuma VCO. Sebenarnya Set Tanamera ni memang dah disertakan dengan VCO. Jadi bila ada percuma VCO, jadi dua botol la VCO yang saya dapat. Cukup untuk buat urutan perineum dan minum. Ok jom tengok apa kelebihan Set Bersalin Tanamera ni. (Gambar di bawah ihsan dari en.google. Tak sempat nak ambik gambar satu-satu).


1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil ( Boleh digunakan seawal 30 minggu )
Sampai je rumah, ni item pertama yang Ecah guna memandangkan kandungan dah cecah 34minggu. Buat urutan perineum dan minum sesudu. Apply jugak dekat perut untuk kurangkan stretch mark, Miss B untuk kurangkan rekahan, peha dan pinggul. Buat 3 kali sehari. Bila dah rasa sakit nak bersalin nanti, masa dalam perjalanan ke hospital, minum terus dari botol dengan jumlah yang banyak. Sampai hospital, sapu terus pada bahagian perineum lagi. Cara ni untuk memudahkan proses bersalin dan meminimumkan kesan koyakan ketika bersalin.


2.Brown Formulation Body Soap ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Menanggalkan sel-sel kulit mati, meningkatkan peredaran darah, dan memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh. Selalunya mummy preggy ni mesti ada masalah kulit kat bahagiann leher, perut, ketiak, dan peha kan? Mandi pagi, guna sabun ni untuk hilangkan kesan hitam kat bahagian bermasalah.


3. Herbal Massage Oil ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Sebenarnya kalau nak guna sebelum bersalin pon boleh. Tapi jangan sapu kat bahagian perut dan Miss B. Untuk pengedaran darah dalaman, menyingkirkan toksin, melembutkan kulit, menggalakan pembuangan air dan angin berlebihan dalam badan dan membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan buangan seluruh badan. Gosok kat bahagian leher dan pelipis untuk redakan tekanan dan sakit kepala.


4. Feminine Herbal Wash ( Digunakan pada hari pertama lepas bersalin )
Boleh digunakan lepas je bersalin. Tak kira bersalin normal atau pembedahan. Kalau bersalin normal, mempercepatkan proses penyembuhan. Kalau pembedahan, sebagai anti bakteria membersihkan bahagian genital yang mengalami pendarahan selepas bersalin.  Mengecutkan organ pembiakan dan menyahbau. Cara guna, rendam 1 uncang dalam air panas atau rebus. Biarkan suam  dan basuh atau rendam bahagian genital. Jangan bilas dengan air. Lebihan air tu boleh letak dalam botol semburan dan sembur pada bahagian genital lepas buang air.


5. Herba Bath ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Campuran herba-herba beraroma tradisional yang mampu menyegarkan dan memulihkan tenaga badan serta menghilangkan bau badan. Melagakan otot yang lesu dan tegang. Cara guna, didih 1 uncang  dalam 2 liter air. Campurkan ekstrak dengan air suam dan gunakan untuk mandi. Setiap uncang boleh didih 2 kali.


6. Firming Herbal Blend Paste - Tapel ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Pes tradisional dengan campuran herba untuk menguatkan dan menegangkan otot dari bahagian dalam ke luar, menegangkan kulit perut yang kendur lepas bersalin, melancarkan peredaran darah bahagian perut, megurangkan cacat cela dan tompok gelap pada perut. Guna bersama bengkung. Sebelum pakai bengkung, sapu kat bahagian perut. Tutup dengan kain untuk elakkan dari terkena pada bengkung. Lepas tu pakai bengkung. Balut sekurang-kurangnya setengah hari.


7. Herbal Tea ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Teh pemanasan membantu menyembuhan dalaman, merangsangkan pembuangan darah beku dari rahim, mengurangkan keradangan pada bahagian rahim, memanaskan badan, melegakan sembelit dan menggalakkan peredaran darah. Bancuh seuncang dan campurkan dengan madu. Minum masa sarapan dan makan malam.


8. Calming Herbal Blend Paste - Pilis (Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin)
Untuk mengurangkan rasa mengntuk dan letih, mengembalikan keseimbangan minda, mencegah atau meredakan sakit kepala, dan menyegarkan minda. Guna 2 kali je dalam seminggu. Sapu pada dahi, berehat dan biarkan selama 60 minit. Kemudian bilas.


9. Boreh Body Scrub ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Kombinasi herba - herba bersifat pemanasan untuk memberikan kesan pemanasan pada kulit, merangsang peredaran darah, dan menyegarkan otot - otot yang lesu. Bancuhkan dengan air panas jadi pes pekat, bila dah suam sapu seluruh badan. Biar sampai separuh kering dan gosok dengan tangan. Bilas scrub dan mandi seperti biasa.


10. Abdominal Wrap - Bengkung ( Digunakan pada hari ke-5 lepas bersalin )
Yang ni bengkung yer. Untuk merampingkan dan mengempiskan kembali perut dan jugak mengembalikan bentuk badan. Pakai selama berpantang sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Haaa.. Amacam. Best tak. Jangan salah paham yer. Semua tu bukan kena guna hari-hari. Ada yang seminggu dua kali dan ada jugak yang selama 7 hari je. Kalau hari - hari nak kena buat semua ni, Ecah pun tak kuasa nak beli. Haha. Berkesan ke? Entah la. Yang Ecah senaraikan kat atas tu kelebihan dan cara penggunaan je. Berkesan ke tak tu tak pasti sebab tak guna lagi. Lepas bersalin nanti Ecah review berkesan ke tak. Tapi korang boleh baca review dari blogger yang penah gunakan produk ni. Semua kata memang TERBAIK!!


Written by : Ecah Khalili | 6 Comment(s)