HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



16 Apr 2013 @ 00:44
Title: kes penculikan saya (14 JULAI 2008)




Date : 14 July 2008
Location : Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo Ipoh)
penculik1 : seorang y berbadan gempal dalam lingkungan 25 keatas
penculik2 : berbadan kurus dalam lingkungan 20 keatas
# : lebih kurang

# 7.50pm - saya sedang duduk bersama seorang kawan sambil borak borak.. sebuah motosikal lalu dihapan dan berhenti tidak jaoh dari kami.kami melihat dua orang lelaki turun dari motosikal dan menghampiri kami. tiba tiba mereka memegang kami dan mengeluarkan pisau dan meletakkan pisau di perut kami sambil memberi arahan supaya mengeluarkan semua barang bernilai..memandangkan sy terasa pisau tersebut betul betul diperut dan jika digerakkan sedikit akan terbenam ke perut sy, sy pon mengikut arahan. setelah mengambil semua barang berharga (tak banyak pon), penculik1 memegang sy dan meletakkan pisau di leher sy pula..dia lalu memberi arahan kepada kawan sy supaya memberikan kunci moto dan memberikan arahan kepada sy supaya mengikutnya naik moto..mungkin orang akan kata sy bodoh bila sy hanya mengikut arahan penculik1 dan mengikutnya menaiki moto..tapi hanya tuhan yang tahu macam mana perasaan sy bila pisau betul betul berada di leher sy dan sehingga hari ini sy masih terasa ketajaman pisau yang berada di leher sy dan jika sy bergerak hanya sedikit mungkin pisau tersebut akan menghiris leher sy.. penculik1 lalu membawa sy menaiki moto kawan sy yang dicuri manakala penculik2 menaiki moto yang mereka bawa dan kawan sy ditinggalkan seorang diri disitu..penculik1 membawa moto hanya menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi memegang pisau dan diletakkan diperut sy..manakala penculik2 mengikuti moto kami dari belakang..penculik1 juga memberi arahan kepada sy "peluk aku buat macam couple!!"..jika orang melihat kami, nampak seperti pasangan bahagia yang sedang dating naek moto..tambahan tangan yang memegang pisau yang diletakkan diperut sy tu nmpak seolah olah dia membawa moto smbil memegang pinggang sy dengan bahagianya di belakang..sy terdiam akibat tergamam..apabila moto mula memasuki lebuhraya utara selatan, barulah sy sedar yang sy diculik..ya Allah..menggigil sy atas moto dalam keadaan sy tak berani bernafas dengan kuat kerana bimbang pisau tersebut akan terhiris pada perut sy..penculik1 bertanya pada sy "hang tao tak jalan ni pi mana!!" sy pon menjawab "sy tak tao"..padahal highway tersebut menuju jalan balik ke kampung sy..sy takot jika sy cakap sy tao,penculik1 akan membawa sy ke arah laen yang sy tak tao. jadi apabila sy cakap tak tao, penculik tersebut menyuruh sy memusingkan muka ke sebelah kanan jalan supaya sy tidak membaca signboard arah pada kiri jalan. (polis memuji tindakan sy ini).

# 9.00pm - sampai tapah, penculik tersebut keluar dari lebuhraya dan memasuki jalan lama.. siren kereta polis kedengaran disana sini. nasib penculik tersebut agak baik apabila keluar sahaja dari tol tapah, roadblock baru hendak dibuka dan polis tidak perasan kami lalu disitu walaupon pelbagai isyarat telah sy buat untuk menarik perhatian polis..penculik1 kemudian membawa sy menaiki bukit yang merupakan kubur cina dan menyuruh sy duduk di atas kubur tersebut manakala penculik2 hanya mendengar arahan penculik1 untuk duduk dibawah bukit dan menjaga moto. di atas kubur, macam macam perasaan datang dalam diri..sy akan dirogol ke?atau dijual?atau dibunuh?macam macam bermain dalam fikiran dan sy cuba mententeramkan diri dengan berdoa tapi seluruh tubuh sy tetap menggigil..sy terdengar penculik1 sedang bertawar menawar harga dengan seseorang melalui telefon untuk menjual sy(da macam tawar ikan kat pasar)..dan akhir sekali sy terdengar penculik1 berkata "susah nak gerak,siren polis merata2"..

# 11.30pm - sy bersama penculik1 masih diatas kubur cina dan penculik2 masih dibawah bukit menjaga moto sementara siren polis masih boleh kedengaran dari atas bukit. penculik1 berkata pada sy "kalau ak jual hang,4k ak boleh dapat..sekarang ni hang jangan bgtao kat kawan ak kat bawah tu duit hang dalam dompet yang ak ambik tadi ada berapa..kalau dia tanya hang cakap hang ada rm10 jer tadi dalam dompet..n dalam dompet kawan hang pon ada rm10 jer"..sy pon mengangguk tanpa mebantah..tangan penculik satu masih tidak lepas memegang pisau dan meletakkan di perut sy..penculik1 memanggil penculik2 naik keatas bukit dan berkata kepada penculik2 "sekarang ni kita memang tak boleh gerak mana mana..siren polis n roadblock merata rata..mungkin kawan dia yang kita tinggal tadi dah buat report polis..moto budak ni yang kita rembat confirm dah panas..sekarang ni hang dok sini ngan budak nie..ak bawak moto kita nak cari jalan clear sikit..nanti apa apa hal aku datang balik..bagi pinjam hp hang jap..hp ak rosak..ak nak kol kawan..senang nak gerak"..penculik2 hanya mengangguk dan mendengar arahan..dan penculik1 pon berlalu menaiki moto mereka dan meninggalkan sy dan penculik2..

# 1.00 am - bayang penculik1 masih belum muncul. sy menjadi habuan nyamuk nyamuk diatas bukit tersebut sehingga gatal gatal seluruh tangan dan kaki sy.. kelihatan penculik2 dalam keadaan resah kerana penculik1 masih belum muncul.. sy teringat pesanan penculik1 supaya jangan beritahu penculik2 berapa sebenarnya duit yang ada dalam dompet sy dan kawan sy.. tiba tiba datang idea di saat saat diri masih menggigil ketakutan.. sy lalu bertanya kepada penculik2 "abang, tadi duit yang abang ambik dari kitorang tu abang dapat berapa?"..penculik2 pada mulanya menjawab dengan kasar.. "hang sibuk kenapa!!ak tikam hang kang mati jugak kat sini!!"..mungkin penculik2 sedang bimbang penculik1 yang masih belum muncul, jadi sy pon bersuara lagi.. " err..bukan nak sibuk,tapi tadi abang tu cakap jangan bagitao kat abang yang duit dalam dompet sy dan kawan sy ada berapa..dia ckap kalau abang tanya jawab ada rm10 je..padahal dalam dompet sy ada rm150".. terkejut penculik2 mendengar apa yang sy bagitao.." la..ye ke..die bagi abang rm10 jer..dia ckap korang tak ada duit..masing masing dalam dompet cuma ada rm10..hp abang pon tadi dia ambik..moto abang pon dia bawak sekarang ni..dia tinggalkan moto kawan kamo n naek moto abang sebab plat moto kawan kamo confirm dah panas polis tengah cari..nampaknya kita ni sama sama dah terkena..abang kenal dia baru setengah jam sebelum samun kamu.. abang tengah duduk makan..tiba tiba dia datang n tanya abang nampak runsing je..abang cakap la runsing duit tak ada..dia pon perkenalkan diri dia kat abang n ajak abang samun, mulanya abang tak nak..tapi sebab fikir terdesak sangat sangat nak pakai duit,abang pon setuju.. tapi abang tak sangka sampai nak culik anak dara orang.. terkejut abang tadi ".. panjang lebar penculik2 menceritakan segalanya kepada sy..patut la dari mula lagi sy perasan penculik2 cuma mengikut arahan penculik1.. "abang, sekarang ni kita sama sama dah terkena. jom la kita balik ipoh naik moto kawan sy tu.." penculik2 bersetuju untuk pulang ke ipoh menaiki moto kawan sy yang dicuri.. nasib penculik2 agak baik kerana walaupon siren polis kedengaran di sana sini tapi dalam perjalanan pulang ke ipoh kami tidak bertembung walau sebuah pon kereta polis..

# 2.00 am -  diatas moto dalam perjalanan pulang, sy terfikir jika suatu hari nanti sy bertembung dengan penculik2, bagaimana sy nak tao dia adalah lelaki yang pernah menculik sy kerana dia tidak pernah membuka helmet dan sy tidak dapat melihat wajahnya..jadi sy memandang tangan dan kakinya jikalau terdapat sesuatu yang boleh sy ingat sampai bila bila.. tiba tiba sy terlihat tangan kirinya dari ibu jari sehingga ke pergelangan tangan terdapat parut timbul kekal seperti parut kemalangan. dan parut itu akan jadi petanda dalam ingatan sy sampai bila bila.

# 3.00 am - kami sampai di ipoh.. penculik2 membawa sy ke sebuah kilang lama yang gelap dan tiada orang..sy mula menggigil semula.. terfikir fikir kenapa dia membawa sy ke situ padahal dia berjanji akan menghantar sy pulang ke rumah.." abang cakap nak hanta ecah balik..kenapa abang abwak ecah kat sini".. dengan nada yang tinggi penculik2 berkata.. " sekarang ni kamo nak balik sorang ke nak bawak balik moto kawan kamo ni sekali??kalau nak balik sorang gi lari sekarang!!kalau rasa nak balik n bawak moto ni ngan kamo, tunggu jap..tak dengar ke siren polis merata rata.. kita ni kalau kena tahan confirm confirm abang ke balai..tunggu jap abang nak pikir jalan.. nah ambik pisau ni.. kalau abang nak buat apa apa jahat kat kamo, kamo tikam je abang ngan pisau ni..abang ni rasa bersalah sangat sangat ngan kamo.. sebab tu kalau boleh abang nak kamo selamat sampai rumah n dalam masa yang sama abang pon selamat dari polis" sy mengangguk tanda paham.. dalam hati sy ada rasa kesian jugak kat penculik2 tu.. hp n moto dia penculik1 dah curi.. tapi bila difikirkan, mungkin itu cara untuk menyedarkan dia supaya lepas ni tak buat jahat lagi..

# 3.30 am - penculik2 menyuruh saya mengikutnya menaiki moto.. dia bertanya sama ada sy tao atau tidak jalan balik ke rumah jika dia meninggalkan sy di hadapan jusco ipoh dan sy pon menjawab yang sy tao.. sampai dihadapan jusco ipoh, penculik2 turun dari moto dan berkali kali meminta maaf serta menyuruh sy berhati hati pulang ke rumah.. sy pon berlalu meninggalkan penculik2 disitu..tiba tiba sebuah kereta menghampiri tepi moto sy dan menyuruh sy berhenti.. sy memalingkan muka dan terlihat kawan sy rupanya yang menaiki kereta tersebut.. kawan sy kemudiannya membawa sy menaiki kereta ke balai polis sungai senam sementara moto ditinggalkan bersama seorang polis untuk dibawa ke balai sebagai bahan kes.

# 4.00 am - dibalai sungai senam, betapa terkejutnya sy kerana ramai orang sedang menunggu sy dan sy baru tahu bahawa kes penculikan sy telah menjadi kes besar.. sy kemudian disoal siasat untuk kali pertama.. semua orang berkerumun mengelilingi sy.. terasa seperti orang penting pulak masa tu..ada yang tolong belikan air teh o panas, ada yang menolong mencabut duri duri di kaki akibat terpijak duri diatas kubur cina, dan macam macam lagi layanan yang sy dapat..seronok pulak rasa. haha

# 5.00 am - setelah disoal siasat, sy kemudian di bawah ke IPD Ipoh untuk disoal kali kedua.. sy dibawa ke sebuah bilik dan sy menerima pelbagai soalan yang bertalu talu kerana polis telah membuat tiga andaian iaitu :

1 - sy dan penculik penculik tersebut sebenarnya berpakat untuk mencuri moto kawan sy dan berpura pura menculik sy supaya tidak disyaki..
2 - kawan sy dan penculik penculik tersebut sebenarnya berpakat untuk menculik sy dan berpura pura membuat report dibalai supaya tidak disyaki..
3 - kedua dua kami sama sekali tidak mengenali penculik penculik terbabit dan sy memang diculik..

# 6.00 am -  sy dibenarkan pulang ke rumah.. sampai dirumah, sy terus terlelap dan tak mampu buka mata lagi

# 9.00 am -  sy ke IPD Ipoh sekali lagi untuk memberi kerjasama kepada polis dan sy menceritakan tentang parut yang terdapat pada lelaki tersebut.. polis memuji tindakan yang sy ambil sepanjang kejadian itu kerana sy berpura pura tidak tahu arah ke mana penculik itu mahu membawa sy.. kemudian sy menyedarkan penculik2 bahawa penculik1 cuba menipunya walaupon pisau penculik2 masih diletakkan di perut sy, dan juga tentang parut timbul yang sy temui ditangan penculik2.. polis mengklasifikasikan kes sebagai culik dan samun bersenjata walaupon sampai ke hari ini sy masih terasa macam drama la pulak kes penculikan sy ni..haha..apa apa pon Alhamdulillah sy selamat dari dijual pada malam itu dan selamat dari perkara perkara yang tak diingini dan gara gara siren polis kedengaran di sana sini dan juga  roadblock dibuka di merata rata, penculik1 telah membatalkan hasrat untuk menjual sy dan mengambil keputusan hanya melarikan moto dan hp penculik2..sekian..


Written by : Ecah Khalili | 46 Comment(s)