HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d1412738160919635079', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



12 Nov 2014 @ 13:25
Title: Review : Set Bersalin Tanamera



Uitt. Lamanya tak mereview. Ahaa. Curi masa kat ofis jap nak review. Dekat 2 3 orang jugak la kawan Facebook tanya ok ke tak set bersalin Tanamera ni. Dulu kemain lagi menayang beli Tanamera untuk luaran n Shaklee untuk dalaman kann. (entry SINI). Ni la nak bagi tau yang Tanamera memang SUPERBBBB. Sebab apa superbbb?? Haa.. Meh sini nak cerita satu persatu. Bukan nak puji melambung-lambung. Tapi sebab dah guna n rasa sendiri kannn. Ni la rutin Ecah  sebelum bersalin n masa dalam pantang. 


1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil ( Boleh digunakan seawal 30 minggu )
Ecah dah mula pakai VCO ni dari kandungan 34 minggu lagi. Buat urutan perineum, minum 2 sudu sehari(pagi n malam), pastu sapu kat perut 3 kali sehari (pagi,petang, n sebelum tido). Tapi Ecah tak dapat bersalin normal pulak sebab tali pusat Auni terbelit dekat chest. So memang tak dapat nak bagitau la keberkesanan lepas buat urutan perineum tu. Tapi apa yang but VCO ni jadi superbb bagi Ecah adalahhhh..
  • Ecah TAK DE STRETCH MARK walau sikit pun tau hasil sapu kat perut 3 kali sehari. Haha. Gelak bangga. So lepas bersalin tak de la kelam kabut fikir pasal stretch mark yooo. 
  • Auni keluar je dari perut, doktor bagi Ecah cium Auni. Aummm wangi. Tapi yang bestnya kulit Auni BERSIH n sangat LICIN walaupun baru je keluar dari perut belum mandi n belum dibersihkan lagi. Rindu giler la saat tu.
  • Rambut Auni masa keluar tu dah macam rambut Abu Bakar Ela.. LEBAT n PANJANG sangat sampai nurse potong sikit sebelum bagi mandi. Lepas seminggu bersalin memang cukur jugak la rambut dia. Tapi lepas tu naik lebat n hitam sangat rambut dia walaupon blah tepi kena makan bantal. Hihi. VCO ni melebatkan rambut baby. Boleh letak kat kepala baby dari lepas lahir n urut-urut sikit. Kepala Auni tak penah naik berkerak yang putih-putih tu sejak lahir tau.

2. Herbal Massage Oil

Biasa la kalau bersalin secara caesar confirm sakit belakang kan sebab kena bius. Tak tau la kalau bersalin normal sakit ke tak belakang. Masa dalam pantang tiap-tiap malam suami sapu kat belakang badan Ecah. Nak kata hilang sakit tu tak de la. Kurang la jugak sikit. Tapi lepas sapu ni kat belakang n perut mesti lepas tu mesti Ecah terkentut-kentut. Keluar rasa angin dalam badan. Pastu kan baby biasa la mesti bangun menyusu 3 4 kali dari malam sampai pagi kan. Bila bangun pagi selalunya sakit kepala. Rasa berat tak cukup tidur. Saja try sapu kat kepala sebelum tidur. Lepas tu bangun pagi Alhamdulillah dah tak de pening-pening dah.


3. Herbal Tea
Pantang dengan mak bangun pagi-pagi jangan harap la nak buat benda lain. Nahhh. Nasi panas-panas sampai tepi tilam. Basuh muka gosok gigi terus kena makan dalam paksaan. Mak cakap bangun tidur terus kena makan nasi panas-panas. Kalau tak camne nak ada susu. Minum teh ni tiap kali sarapan n makan malam. Rasa dia panas + pedas. Dicadangkan makan dengan madu. Ecah koboi minum camtu je. Rasanyaaaa. Aduhaii. Korang penah rasa air halia campur dengan kunyit tak? Ayooo. Pedas lidah. Patutnya mula minum masa hari ke-5 lepas bersalin. Tapi Auni kena jaundis. Nurse tak bagi makan benda-benda yang berasaskan halia or lada hitam buat sementara sampai jaundis Auni habis. Lepas Auni dah habis jaundis baru start minum. Sebelum minum teh ni, darah nifas keluar putus-putus je. Tu pun sikit-sikit je. Sekali minum teh ni, Darah nifas keluar banyak. Cepat je habis darah nifas. Belum habis pantang lagi dah tak payah pakai pad. Lepas minum ni rasa badan macam panas-panas sedap je. Lepas tu mula la terkentut-kentut. Auni menyusu badan pun terus terkentut kentut. Keluar angin satu badan.


4. Feminine Herbal Wash

Settle je sarapan, mandikan Auni. Lepas tu mandikan diri sendiri pulak. Sebelum mandi tu bertangas la dulu guna Feminine Herbal Wash. Memang la Ecah tak bersalin normal. Yang bawah tu tak terusik. Tapi lepas tu tetap darah nifas turun jugak kan. Ok, ni cara Ecah guna benda alah ni :
  • Rebus uncang dalam periuk. Sampai nampak pekat sikit warna dia tu. Tutup api.
  • Ecah guna tandas duduk. Letak besen plastik kat tengah-tengah tandas duduk tu. Cari la besen yang besar sikit muat-muat ngan tandas tu. Tak la jatuh besen tu dalam lubang tandas. Lepas tu tuang air yang dah rebus tu sekali dengan uncang dia.
  • Duduk la atas mangkuk tandas tu macam biasa. Duduk dalam 15 minit lepas tu settle.
  • Lebihan air tu jangan buang. Simpan dalam botol spray. Tiap kali lepas membuang, basuh dulu dengan air biasa lepas tu spray dengan air tu. Tak payah bilas. Tepuk-tepuk sikit je.
Bagus tau untuk yang bersalin secara caeser sebab rahim lambat kecut lepas bersalin. Ecah guna benda ni sebagai tangas untuk kecutkan rahim n kalau yang bersalin normal tu memang elok la untuk cepatkan penyembuhan bahagian bawah tu.


5. Boreh Body Scrub
Selesai tangas, kita lulur badan pulak. Ni la benda paling Ecah sukaaaaa sebab sangat SUPERBBB. Nak repeat order lagi la rasa. Sebab rasa bersih n lembut sangat badan lepas guna benda alah ni. Tak tau la nak cakap camne. Korang kena cuba sendiri. Ecah bancuh dengan sikit air panas buat pes pekat-pekat. Sapu satu badan dari tengkuk sampai ke kaki. Gosok-gosok sikit. Tunggu sampai kering. Lepas dah kering bilas dengan air. Boleh rasa tau kulit badan lembut n bersih sangat.


6. Brown Formulation Body Soap
Tak settle lagi tau sesi dalam bilik mandi ni. Lepas dah berlulur, tenyeh la Brown Formulation Body Soap satu badan. Bau sabun ni macam herba, Wangiiii. Masa mengandung dulu tengkuk naik hitam-hitam(maluuu). Pastu kat perut pun sama. Lepas bersalin je tenyeh setenyehnya la guna sabun ni. Tapi Ecah tenyeh kat tengkuk jer. Sampai sekarang tak berani nak sentuh perut lagi lepas caesar Tapi jangan terover tenyeh yer. Sakit kang sebab sabun ni ada scrub. Berbiji biji. Potong sikit-sikit je guna. Kalau guna seketul terus rugi. Mahal wooo. Lepas pantang suami pun nak guna jugak sabun ni. Dia kan kerja tengah panas peluh-peluh. Sental segala daki-daki. Lepas mandi rasa wangi je badan. Segar sangat sebab sabun dia bau herba. Ade satu hari tu Ecah mandi tengah malam. Lepas mandi terbau benda wangi. Takut giler weh. Mana datang bau wangi ni. Suami cakap, bau sabun awak pakai kot. Cium tangan sendiri. Aah la. Bau sendiri rupanya. Kihkihkih. Nampak tak apa nak kabo sebenarnya.


7. Herbal Bath
Lepas dah tenyeh dengan Brown Formulation Body Soap tu, bilas la dengan Herbal bath. Mandi macam biasa guna Herbal Bath. Sangatttttt segar lepas guna herbal bath ni. Dalam pantang memang badan rasa penat sangat la bila berjaga malam. Tak cukup tidur. Lepas mandi dengan Herbal Bath ni rasa segar. Rasa macam baru keluar spa. Ecah suka mandi suam-suam sikit. Rebus dengan 2 liter air. Lepas tu masukkan dalam baldi tambah dengan air sejuk. Sedap je badan mandi suam-suam. Uncang tu jangan buang pulak tau. Boleh guna 2 kali. Kiranya sehari guna 1 uncang je. Pagi guna uncang baru. Petang guna balik uncang yang pakai pagi tadi.

8. Calming Herbal Blend Paste
Settle mandi. Keluar pakai baju,kain batik stokin bagai pastu tempek la benda ni kat dahi. Auni siang waktu dia tidur masa dalam pantang (rasanya semua baby macam tu kan?). Dah dia tido kita pun tido la jugak. Baring la sebelah dia. Tapi Ecah guna 2 kali je dalam seminggu. Bukan hari-hari. Rasa tenang n relaks pastu rasa nak terlena. Penah suami kejut Ecah sebab tak dengar Auni nangis nak susu. Lena sangat.



9. Firming Herbal Blend Paste & Abdominal Wrap
Dua benda ni sampai sekarang tak guna lagi. Kalau bersalin normal memang pakai la. Tapi perut pun macam tak berapa elok lagi. Lagipon, no point nak pakai benda alah dua ni. Sebabnya??? Perut Ecah tak buncit n menggelar langsung lepas bersalin. Haha. Angkuh sungguh den.

Mesti ada yang tanya, sempat ke buat semua ni masa berpantang. Tambah-tambah Auni menyusu badan. Nampak macam remeh. Remeh ke? Meh nak jawab. Sempat haissshhh. Bangun pagi tu sebelum Auni bangun tu makan la kenyang-kenyang nasi panas n Herbal Tea tu. 

Lepas dah kenyang, bancuh Boreh Body Scrub biarkan sejuk. Atas dapur pulak rebus la Feminine Herbal Wash dengan Herbal Bath biarkan mereneh. Sementara 2 benda tu mereneh atas dapur, kejutkan Auni pastu mandikan dia. Siap je mandikan Auni, elok ler 2 benda alah tu siap rebus. Bagi Auni susu kenyang-kenyang..Tummm lena Auni kekenyangan. 

Auni tidur baru la Ecah buat operasi dalam bilik mandi. Manjakan diri dengan Set Bersalin Tanamera ala-ala Spa ni. Senang kan? Sempat jer kan? Tak remeh mana pun kan? Sambil-sambil je. Cuma Ecah selalunya ambil masa dalam setengah jam jugak dalam bilik air. Tak risau sangat sebab Auni bila dia kenyang memang tak banyak ragam. 2 or 3 jam baru bangun menyusu. Ecah bangun pukul 7 pagi, pukul 8.30 dah boleh duduk relaks dah. Siap boleh tidur. Hehe. Tak susah sangat la. Nak atau tak nak je.


Auni dah 3 bulan. Membesar dengan sihat yer sayang. Jadi anak yang baik n bijak yer. Nanti Mummy n Abi dah tua jaga kitorang tau. Jangan hantar kat rumah orang-orang tua yer. Mummy n Abi love u so much.


Written by : Ecah Khalili | 11 Comment(s)