HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d1412738160919635079', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



28 Apr 2014 @ 16:36
Title: Shopping Barang Baby Part 2 : Pureen Warehouse Sales



Lokasi : Pureen Warehouse Sale, Moms and Baby Expo, GM Klang, Aeon Bukit Tinggi
Date : 26th April 2014


Masa Shopping Barang Baby Part 1 tak tau sangat nak beli apa. Part 2 ni dah siap list dah. Memang dah lama mengidam nak pergi Pureen Warehouse Sale ni. Cuma sebelum ni macam tak berapa layak je nak pergi. KIH3. Sampai kemain lagi awal. Tapi dapat parking jauh jugak. Kalau ikutkan pintu bukak pukul 10. Tapi belum pukul 9.30 lagi pintu dah bukak. Sebab ramai sangat kot.

Masuk jer terus en.suami ambik beg dua. Sorang satu. Terkejut sebenarnya dengar orang jerit-jerit. Dari jauh nampak orang berebut bila staff Pureen keluarkan kotak baju. Dah macam ikan piranna tengah makan. Sampai hancur kotak. Mak oii.. Takot wehh. Saya tak berani pergi kat tempat orang ramai berebut-rebut tu. Saya dengan en.suami berpecah. Saya pilih-pilih baju, en.suami plak entah kemana hilang dalam orang ramai-ramai tu. Banyak seluar saiz lain, baju saiz lain, so tak jadi ambik. 

En.suami datang. Bawak booties 2 pasang.. Comelll. Lepas tu dia hilang lagi. Tak lama lepas tu muncul bawak topi dengan baby carrier. Lepas tu hilang lagi. Wahh.. Nampaknya saya cuma perlu tunggu jer kot. Hehe. Dan kali ni dia datang bawak towel baby 2 helai, bantal panjang baby dan sapu tangan 2 pek. Satu pek tu ada 6 helai. So total 12 helai. Tak lama lepas tu dia datang lagi bawak kelambu baby. Besar saiznya. Mummy pon boleh tido dalam tu rasanya. Hehe. Lepas tu saya nampak dari jauh staff pureen keluarkan baju betul-betul depan mata suami saya. Alhamdulillah, ada jugak rezeki. Suami sempat ambik beberapa helai masukkan dalam beg.

Ok. Settle kat situ. Saya dengan suami cari port nak duduk pilih baju baju yang sempat kami ambik. Alahai. semuanya baju sama je rupanya. Saiz je yang lain. Cuma dapat 2helai baju tido baby warna hijau n biru. Yang 3 helai lagi tak ada seluar pulak. Ambik je la. Saya tengok orang lain dapat baju macam-macam kaler, macam-macam jenis. Cantik- cantik pulak tu. Gerammm.

Saya tinggalkan bahagian baju yang penuh dengan lautan manusia tu. Tak sanggup rasanya nak duduk situ lama-lama. Tak boleh nak berjalan langsung! Terus gerak pergi bahagian lain pulak. Saya nak cari sabun basuh baju ABD tu. Tapi sama je. Semua tempat penuh sesak. Saya suruh en.suami pulak pegang barang duduk kat tepi. Saya pergi sendiri. Ok Sempat capai sabun mandi head to toe, syampu, baby oil, n losyen. Patah balik pergi hantar barang-barang kat suami. Lepas tu teruskan lagi pencarian. Dapat baby wet tissue 2 pek. Satu pek ada 2 bungkus. Cuma RM9!! So ada 4 wet tissue yang sempat saya capai. 

Yeahh.. Akhirnya jumpa jugak Pureen ABD (Anti Bacteria Detergent). Satu beli yang dalam kotak. Satu lagi beli yang liqiud + softener. Last sekali saya rembat ler jugak pureen liquid cleanser untuk feeding bottles n niples. Satu no flavour. Satu lagi mint flavour. Lepas tu sambar satu berus pencuci botol baby. Ok Cukup la tu. Dah tak mampu nak jalan lagi. Ada sorang makcik ni tiba-tiba pegang tangan saya "Dik, makcik tengok kamo jalan pegang perut. Terberanak kat sini kang. Bagi nama anak pureen lak. Elok-elok yer  jalan.." Satu-satunya manusia yang prihatin yang saya jumpa kat sini. Haha. Yang lain-lain semua main tolak-tolak je.

Saya kembali pada suami yang setia menunggu bersama barang-barang. Saya tengok dalam beg ada Cotton Bud n Maternity Pads 2 bungkus. Wahhh.. Terima kasih. Ingat jugak dia kat saya dalam sibuk beli barang baby tu. Saya pon tak teringat pasal maternity pad. Haha. 

Ok. Beratur nak bayar pon satu azab. En.suami dah kedepan. Saya tersepit kat celah-celah orang ramai. Bila dah dapat bayar tu rasa satu nikmat nak tarik nafas panjang-panjang. LEGA!! Berjalan kaki ke kereta pon satu azab jugak. Masuk kereta suami tanya nak kemana pulak lepas ni. "Jom Sacc Mall. Moms and Baby Expo!"

Kat Moms and Baby expo ni rasanya relax sikit suasananya. Sebab banyak booth n lebih teratur. Yang paling penting ada aircond!! Tak macam masa kat Pureen Warehouse Sale. Kipas je kot!! Orang pon membeli tak de berebut rebut. Selesa sungguh mak buyung dalam ni. Kat dalam ni cuma sambar botol susu Tommee Tippee 5oz 2 botol, Receiving Blanket 2 helai dengan Rompers brand Carter's 5 Helai. Selesai bayar terus keluar dari Sacc Mall sebab perut dah tak tahan bergelora lapar.

Terus ke GM Klang pulak. Cari Travel Mattress pulak untuk baby. Senang nak kemana-mana. Nak hantar dekat pengasuh pon senang. Tak payah angkut tilam kekabu berat-berat. Tilam kekabu cuma untuk kat rumah je. Kemudian beli penyangkut baju yang bulat tu. Ok. Menggigil dah kaki penat. 

Masuk kereta en.suami ajak pergi Aeon Bukit Tinggi. Adoii, berjalan lagi. Kat sini cuma beli barang-barang plastik je untuk letak barang baby. Keluar je dari sini terus balik. Lutut rasa menggigil nak jalan. Seharian yang memenatkan. Tapi bestttt. Total perbelanjaan hari ni semua dalam RM500++. Tak sangka banyak tu je barang tapi total harga kemain lagi. Tu pun bali kat warehouse sale n expo. Kalau tak entah berapa la agaknya.

Sampai rumah saya teraburkan semuanya kat ruang tamu. Seronokkk..Haha. Esoknya terus mendobi apa yang patut. Ok Selesai Shopping Part 2.


Saya kecewa ok! Kenapa la saya ambil barang-barang ni cuma satu je. Alahai. Dah balik rumah baru terpikir. Kenapa la tak beli banyak-banyak simpan buat stock. Bukan senang nak dapat harga semurah tu. Yang paling saya kecewa kenapa la Liquid Cleanser untuk Feeding Bottles tu saya ambik yang refill pack. 2 pek je pulak tu. En.suami macam biasa la membebel bebel. Maafkan saya yer..hukhukhuk. Tak pe la. Bulan 5 ni ada Moms and Baby Expo dekat Mid Valley pulak. Nanti beli kat sana jer banyak-banyak.

Ni la pengalaman pertama kali pergi Pureen Warehouse Sale. Memang seronok sebab semuanya murah-murah. Tapi kalau ditanya nak pergi lagi ke tak lepas ni, maybe kena pikir 2 3 kali kot. Tak sangguppppp!!


Written by : Ecah Khalili | 16 Comment(s)