HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



30 Jan 2014 @ 16:20
Title: Harapan Abi & Mummy



Date     : 29 Nov 2013 (5Minggu)
Location :Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam
Saya dan suami memang dah tau saya pregnant berdasarkan UPT yang saya buat di rumah. Tapi kami berdua teringin nak  rasa macam dalam drama tv tu.."Tahniah. Isteri encik mengandung". Lebih kurang macam tu la..Jadi dalam perjalanan ke hospital saya pesan pada suami, "nanti kalau doctor tanya dah buat UPT ke, kite jawab belum tau..buat buat macam kita tak tahu yang saya mengandung..hehe". Encik suami jawab, "OK.. =)". Sampai di hospital kami pun buat macam mana yang kami dah plan. Jadi doctor minta saya baring dan scan menggunakan USG. Masih belum nampak cuma nampak ketulan kecil seakan akan janin. Jadi doctor minta saya melakukan UPT. Tak lama lepas tu, nurse datang berlari lari ke arah saya sambil menjerit "Puan..puan..tahniah puan..puan mengandung". Saya yang memang dah tau saya pregnant ni pun dengan muka pura pura terkejutnya tersenyum kegembiraan. Doctor pon terus tersenyum "Tahniah Encik. Isteri encik mengandung". Yeahh.. Ayat tu la yang saya dan suami harap harapkan. Macam dalam drama tu. hehe. Tapi en.suami buat muka blurr pulak sambil senyum senyum malu. Aduhai.. Spoil di situ. Dah tak nampak real drama kan? Mesti doctor tu fikir encik suami tak gembira bila wifenya pregnant. Keluar dari hospital, saya tanya suami. "Kenapa awak buat muka blurr je tadi". En. Suami kata "tak reti la nak berlakon. Kalau saya memang tak tahu awak pregnant, mesti saya jerit seronok tadi. Tapi sebab dah tahu, rasa lain macam pulak nak berlakon..hehe..sorry". Hampess

Date     : 06 Dec 2013 (6Minggu)
Location :Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam
Doctor beritahu janin yang dikandung di dalam rahim saya tidak mempunyai denyutan jantung setelah pemeriksaan menggunakan USG dilakukan. Mungkin kerana kening saya berkerut kerut tanda tak faham, doctor pun jelaskan dengan lebih terperinci. Denyutan jantung dapat dikesan seawal 4 minggu di dalam rahim ibu kerana jantung merupakan organ pertama yang akan terbentuk. Jadi pada usia janin 6 minggu seperti saya, sepatutnya sudah ada heart beat. Ini bermakna janin tidak menjadi atau sudah mati dan perlu melakukan D&C atau "dicuci".. eh!!!Senangnya!! Terasa darah laju sampai ke otak. Telinga terasa panas. Saya dengan segera memberi alasan yang saya perlu segera pulang ke kampung. Jadi doctor minta saya datang pada minggu hadapannya untuk "cuci". Saya berikan alasan lain pula yang saya perlu ke Seremban minggu hadapan. Lalu doctor berikan peringatan supaya saya segera berjumpanya dalam masa terdekat untuk "cuci". Berkerut dahi en. suami. Mungkin dia tertanya tanya kenapa dia tidak tahu yang saya perlu ke Seremban minggu hadapan. Dalam perjalanan pulang dari hospital, saya terangkan pada en.suami yang saya sebenarnya tidak kemana mana pada minggu hadapan. Cuma saya rasa saya tak mahu terus "cuci". Saya perlukan pendapat dari 2 3 doctor lagi. Jika kesemua doctor memberikan keputusan "cuci", barulah saya akan melakukannnya. En.suami bersetuju dengan cadangan saya. Sebab bagi saya, tak kan tiada langsung alatan atau cara lain untuk mengesan heart beat janin selain menggunakan USG. Macam senang sangat prosesnya. Scan --> No HEART BEAT --> D&C (cuci).. Senangnye menghancurkan hati seorang bakal ibu kan????

Date     : 09 Dec 2013 (7Minggu)
Location : Klinik Kesihatan Kampar & Hospital Daerah Kampar
Saya di kampung suami di Kampar Perak. Mulanya saya tak mahu beritahu keluarga saya atau keluarga mertua tentang hal ni. Saya bimbang mereka akan fikir saya kalut padahal kandungan baru 7 minggu. Sebab kebanyakan mereka tak tahu janin sudah ade jantung seawal 4-5 minggu. Setelah saya bertanya kepada "EN.GOOGLE", memang betul heart beat bermula antara 4 - 5 minggu. Jadi doctor Hospital Umra memang tak tipu saya. Pagi pagi lagi suami bawa saya ke KK Kampar.  Sampai di KK Kampar, saya terangkan pada nurse tentang masalah saya. Mungkin nurse salah faham dengan masalah saya dan minta saya ke Klinik Desa Mambang memandangkan saya menggunakan alamat rumah mertua di Mambang Diawan,Kampar. Sampai di KD Mambang, nurse minta saya ke KK Kampar semula. Sekali lagi saya ke KK Kampar dan menerangkan semula tentang masalah saya. Alhamdulillah kali ini mereka faham. Doctor melakukan permeriksaan menggunakan USG. Dahi doctor berkerut kerut. Kemudian dia memanggil doctor lain untuk meneliti hasil pemeriksaan. Hati saya mula berdebar. Doctor minta saya duduk di kerusi dan dengan lembut doctor tanya pada saya " Dah lama ke puan tunggu untuk hamil? Lebih dari setahun tak?". Saya jawab "Eh, tak la. Saya baru je kahwin dan bunting pelamin". Doctor minta saya bersabar. Pertama, janin saya berbentuk seakan akan V-Shape dan bukan bentuk seperti kacang. Kedua, NO HEART BEAT!! Doctor menunjukkan hasil pemeriksaan ibu ibu lain kepada saya supaya saya nampak perbezaannya. Ye. sangat berbeza. Antara V-Shape dengan bentuk kacang,memang sangat berbeza la kan? Dan sekali lagi saya diberi penerangan tentang Heart Beat. Penjelasan yang sama. Jantung adalah organ pertama yang terbentuk dan kehadiran heart beat dapat dikesan seawal 4 - 5 minggu!! Doctor memberikan saya surat untuk dirujuk ke Hospital Daerah Kampar dan kata doctor, disana mereka akan melakukan D&C kepada saya. Tersentak saya. Ya Allah, kali ini saya terpaksa mengalah. Takpe la. Mungkin rezeki saya cuma sehingga 7 minggu sahaja. Menitik air mata. Saya pulang ke rumah mertua terlebih dahulu sebelum ke Hospital Kampar dan menerangkan semuanya pada MIL. Kemudian saya call mak di kampung. Sedih dapat dengar doa mak walaupun cuma dalam telifon. "Kalau adik nak mak datang sana, mak datang sekarang". Tu kata kata terakhir mak. Takpe la mak. Saya tak nak susahkan mak. Petangnya, saya ke Hospital Kampar bersama suami dan MIL. Di Hospital Kampar macam ada sikit sinar harapan bila doctor membuat keputusan tidak mahu melakukan D&C kepada saya. "Saya tak pernah lihat janin berbentuk V seperti ini. Saya tak nak cuci dulu. Saya rasa kamu patut dirujuk pada yang lebih pakar. Saya akan buat surat untuk refer kamu ke Hospital Ipoh". Dan sekali lagi saya diberi penerangan yang sama tentang HEART BEAT!!. Ok doctor. Saya dah paham.

Date     : 10 Dec 2013 (7Minggu)
Location : Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh.
EPAU atau Early Pregnancy Assessment Unit. Disinilah saya dirujuk. Setelah memberikan surat kepada nurse bertugas, saya diminta tunggu dan duduk di luar bilik EPAU sementara nama dipanggil. Diluar di atas kerusi, saya lihat semua ibu ibu yang menunggu giliran memakai kain yang diberikan oleh pihak hopital. Nama saya dipanggil dan saya masuk ke bilik EPAU. Semasa saya masuk ada seorang ibu yang berselisih dengan saya sedang ditolak diatas kerusi roda untuk keluar dari bilik EPAU. Kelihatan kelopak matanya sehingga pipi basah seperti baru lepas menangis. Dia memandang saya sambil muka sedih berkata "Sakittttt". Eh, kenapa dia cakap macam tu. Bilik apa yang saya masuk ni sebenarnya? Hati saya mula tak tenang. Doctor mula menemuramah saya dan mengajukan beberapa soalan sambil mencatat setiap jawapan saya. Kemudian nurse memberikan saya kain dan menyuruh saya membuka seluar dan memakai kain yang diberikan. Mungkin disebabkan muka saya yang nampak takut dari mula sampai, nurse pun sengaja mengusik saya supaya hilang rasa takut. "Tadi datang comel je pakai seluar. Ni dah tukar kain baru nampak macam bakal ibu". Ketawa nurse nurse yang lain. Saya senyum kecil je sambil berlalu keluar dari bilik EPAU sebab dalam hati ni tetap macam macam perasaan ada. Saya kembali duduk dikerusi luar bersama sama mereka yang juga memakai kain seperti saya. Kakak yang duduk disebelah saya bertanya kepada saya "kene cuci jugak ke dik?". Eh, baru saya tahu yang duduk dikerusi luar tu semuanya tunggu giliran untuk D&C. Tak lama kemudian nama saya dipanggil. Saya masuk ke bilik EPAU. Alhamdulillah, tak kena D&C. Tapi doc juga pelik kerana tak pernah lihat janin seperti V-Shape. Dan jawapan yang sama, NO HEART BEAT. Sebelum keluar dari bilik EPAU, macam biase, penerangan tentang jantung janin lagi. Ye doctor. Kepala saya dah sarat tentang itu. Saya kemudian mendapat surat rujukan ke bahagian EPAU Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pula. Oh xpe, tendanglah saya macam bola ke sana sini sekalipun, saya tak kisah. Asalkan ada khabar gembira untuk saya.

Date     : 11 Dec 2013 (7Minggu)
Location : Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Saya sampai lewat dalam pukul 3petang. Terus ke bahagian O&G Clinic dan serahkan surat rujukan. Disini saya diajukan pelbagai soalan lagi. Kemudian doctor berbangsa India minta kebenaran melakukan TVS. Di skrin doctor tunjukan pada saya, bentuk janin masih lagi V-Shape dan nampak sesuatu seolah olah jantung tapi tidak begitu jelas dan doctor juga tidak begitu pasti adakah itu jantung atau bukan. Apabila saya menceritakan tentang pertama kali saya mendapat tahu tentang masalah ini dan doctor terus ingin melakukan D&C di hospital swasta, terkejut sungguh doctor india itu. "Tak sepatutnya terus cuci. Sepatutnya perlu tunggu 2 atau 3 minggu lagi. Jika tiada berlaku pendarahan sepanjang tempoh itu, perlu scan sekali lagi menggunakan TVS. Jika sudah pasti tiada HEART BEAT, baru lah proses D&C dilakukan.Doctor hospital swasta itu tak mengikut prosedur!!". Terkejut saya mendengar penjelasan panjang lebar tu. Doctor minta saya datang lagi dalam masa 2 minggu. Sebelum balik, macam biase cerita tentang HEART BEAT janin lagi. Tapi kali ni ade penambahan sikit. "Saya tak rasa anak awak sudah mati. Kalau betul dia sudah tiada, dia akan keluar sendiri tanpa melakukan D&C sekalipun. Cuma V-Shape itu yang menghairankan saya. Sepanjang tempoh 2 minggu ini, jika ada pendarahan berlaku, terus datang ke sini. Jika tiada, kita berjumpa 2 minggu dari sekarang. Pada hari tu keputusan akan dibuat".

Sepanjang tempoh 2 minggu,tiada pendarahan berlaku. Kadang saya berdoa, cepatlah masa berlalu supaya cepat saya tahu keputusannya. Tapi kadang saya rasa, biarlah lambat masa berlalu, saya tak sanggup jika keputusan bukanlah seperti yang saya harapkan. Hati semakin hari semakin tak tenteram. Dan disepanjang tempoh 2 minggu itu, macam macam pendapat yang saya dengar dari rakan rakan dan orang sekeliling.Diantaranya :-

"Aku rasa awal lagi la. Ko kan baru je pregnant. Takkan la dah ada jantung".
"Aku rasa bentuk die tak macam kacang tu sebab baru lagi la".
"Aku rasa kecik lagi kot".
"Aku rasa jantung 3 4 bulan baru ada la".

Nampak tak? Nampak tak? Semua nak jadi doctor pakar kan? Tu sebahagian je. Ada lagi sebenarnya. Semuanya main "aku rasa..rasa..errmm..rasanya.." Semua gerak rasa je. Doctor pon belajar bersusah payah nak jadi pakar, mereka senang senang main ikut rasa. Sampai ada yang cakap saya kalut sedangkan saya baru je pregnant 7 minggu. Mungkin mereka tak berada di tempat saya. Saya tak mintak pun semua ni. Mungkin mereka tak pernah rasa macam mana ditendang dari satu hospital ke satu hospital seolah olah doctor pon tak pasti kenapa janin bentuk macam tu. Dan kebanyakan mereka meraka yang bercakap pon adalah mereka yang belum berkahwin dah belum penah hamil. Saya ni yang rasa tak tenteram cuma diamkan je. Saya kata pada suami "Saya tak nak dengar "aku rasa" dari mulut sapa sapa pun. 1 Hospital swasta + 1 Klinik Kerajaan + 3 Hospital Kerajaan dah kita pergi. Semuanya bagi penerangan yang sama". Suami bersetuju dengan pendapat saya.

Date     : 27 Dec 2013 (9Minggu)
Location : Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Hari ni 9minggu bersamaan 2bulan 1minggu. Saya sampai di Hospital Klang pukul 2 petang. Setelah mengambil nombor giliran, saya terus dibawa berjumpa doctor. Tak ramai pesakit hari tu. Sekejap rasanya menunggu. Seorang doctor melayu meminta izin untuk melakukan TVS. Saya lihat pada skrin. Nampak sesuatu sedang bergerak. "Doctor,ape tu?". Doktor cakap "Ini jantung anak awak.nampak ni berdenyut denyut. Degupan jantung ok. Eh, tak reti duduk diam. Aktifnya anak awak. Tengok kaki dia menendang nendang tu. Tangan dia terkapai kapai. Berenang renang pulak dia".  ya Allah. Alhamdulillah. Saya tak pernah rasa sesuatu yang sungguh melegakan seperti ini. Dada terasa lapang. Saya rasa macam sedang berkhayal. "Tu anak saya ke doctor?". Tergelak doctor bila dengar soalan saya."Doctor, kalau saya nak menangis boleh tak?". Makin tergelak doctor tu. "Takpa, puan nangis je. Saya paham". Selepas selesai semuanya, doctor beritahu pada saya yang anak saya normal. Tiada apa apa masalah. Saya terus bertanya kenapa sebelum ni bentuknya tak normal dan tiada heart beat. Doctor tu macam teragak agak nak jawab. "Err..baka kecik kotttt..sebab tu lambat sikit membesar". Saya tengok doctor tu sendiri macam tak puas hati dengan jawapan yang dia bagi. Takpe la. Asalkan semuanya sudah Ok.

Selesai sudah kisah berulang alik ke hopital. Usia kandungan kini baru mencecah 3 bulan setengah. Masih diperingkat permulaan. Sekarang saya melakukan check up bulanan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan juga di Salam Medical Centre Shah Alam. Sengaja saya lakukan check up di Salam Medical Centre juga sebab suami boleh masuk dan lihat baby pada skrin ketika scan. Kesian en.suami. Sebelum ni banyak kali dia cakap teringin nak tengok baby bermain main dalam rahim. Kalau di hospital kerajaan, suami tak dibenarkan masuk. Alhamdulillah. Kadang kala saya dan suami tergelak gelak bila baby tak reti duduk diam ketika doctor scan. "Anakku, Abi dan mummy tunggu awak di labour room bila cukup masa nanti ye. Harapan kami semoga awak membesar dengan sempurna sehingga tiba masanya awak melihat dunia. Amin".


Written by : Ecah Khalili | 47 Comment(s)