Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter
Webmistress
i am the owner, not you.
Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Date : 26th October 2013
Location : Masjid Felda Gunung Besout 3
Hari yang saya tunggu tunggu selama ini akhirnya tiba. Tak sangka saya akan memasuki alam berumahtangga diusia 25 tahun ni. Alhamdulillah. Dialah jodoh saya yang saya harap harapkan. Gambar dari photographer rasmi masjlis belum lagi saya terima. Mungkin sebab terlalu banyak job orang kahwin musim cuti sekolah ni. Jadi saya masukkan gambar dari phorographer tak rasmi saya iaitu Alya Syahira. Nanti kalau dah dapat gambar dari photographer rasmi saya update kemudian.
Ok, saya perkenalkan inilah suami saya, Muhammad Rezuwan bin Mohd Razali. Masa ni dia tengah menggigil menunggu saat nak akad nikah. Entah dia dengar ke tak ceramah tok kadi tu. Rasanya kepala dah pikir ke lain dah tu. Berdebar punya pasal kot.
Saat ni saya kat belakang pulak yang berdebar debar. Tak senang duduk dibuatnya. Risau sebab encik suami darah gemuruh.
Lepas dengar saksi cakap "sah!" je, air mata terus menitis. Terharu sebab lelaki yang saya harap harapkan menjadi suami saya akhirnya melafazkan akad nikah dan menyebut nama saya. Alhamdulillah, akhirnya saya isteri dia. Tapi dalam masa yang sama saya toleh ke muka mak. Sedih. Tak sangka sekarang saya dah jadi milik orang. Dalam hati, "Dah 25 tahun mak jaga adik.."
Ok. Time ni dah takde sedih sedih dah. Seronok je rasa jadi perhatian. hehe.. Bukan selalu tau..
Ye. Saya paham encik suami tak pernah pakaikan gelang kat sape sape pon. Jadinya terkial kial jugak la dia nak pakaikan saya gelang. Terpaksa la saya menunggu dengan sabar.
Ok. Saya juga tak pernah pakaikan cincin pada mana mana lelaki. Janggal pulak rasa. Nak jer saya tanya "pakai sendiri boleh tak?" hehe..kejam tak?
Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Selesai je majlis hati jadi tenang. Cuma menunggu majlis persandingan pada esok harinya je lagi. Doakan kebahagian kami =)

syukur alhamdulillah, diusia 25 tahun ini (2013) dikurniakan akal fikiran yang baik walaupun kadang kala masih buntu, berpendidikan walaupun tidak sampai ke tahap master dan keatas,sudah menjadi wanita berkerjaya walaupun masih permulaan, dan sudah boleh berdikari walaupon kadangkala masih perlu diberi perhatian. hi, im ecah..mempunyai berat badan 40kg to 50kg, memakai kasut saiz 4,tshirt semestinya saiz s or m, memiliki diploma teknologi maklumat (programming) dari ungku omar politeknik dan sijil profesional dari Infosys Foundation Program, dan bekerja sebagai software engineer di petaling jaya