![]() Ecah Khalili 26 Years Old a Wife . a Mummy . a Daughter Webmistress
i am the owner, not you. Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here.. ![]() bold italic underline strong Followers
Tagboard
keep comments to yourself. Majalah Hijabista Edisi May 2014
![]() Wedding Day 27/10/2013
![]() Akad Nikah 26/10/2013
![]() Jelita Beta : Nur Raisha Auni
![]() Review From Blogger(s)
thanks for review Credits Designer: QING Codings: Nicole Edited: Ecah Khalili Graphics & Inspirations: Sipei Colors: Color Combos |
8 Aug 2013 @ 00:11
Title: mereka kata..
Saya mempunyai pendirian sendiri dan saya cuma ingin mempertahankan apa yang saya rasa betul.
Maafkan saya..
Mereka kata saya degil. Tapi tahukah mereka
Itu adalah diri saya dan susah untuk saya untuk jadi orang lain.
Maafkan saya..
Mereka kata saya ego. Tapi tahukah mereka
Jauh disudut hati saya, saya tahu kesalahan saya.
Maafkan saya..
Mereka kata saya tak boleh dipimpin kerana saya tidak boleh mendengar arahan mereka yang lebih tinggi dari saya. Tapi tahukah mereka
Saya cepat merasa iri hati jika ada yang berada diatas saya dan dan saya cuma ingin menjadi yang lebih baik dari mereka.
Maafkan saya..
Mereka kata saya tak boleh menjadi pemimpin kerana saya sentiasa merasa hanya saya yang betul dan tidak boleh terima pendapat orang lain. Tapi tahukah mereka
Saya sentiasa berfikir sebelum bertindak dan saya hanya inginkan yang terbaik untuk mereka.
Maafkan saya..
Mereka kata saya tak boleh berjalan seiring kerana saya tidak suka jika mereka setanding dengan saya. Tapi tahukah mereka
Saya sukakan persaingan kerana persaingan membuatkan saya lebih bersungguh2 dalam melakukan apa sahaja dan kerana persaingan inilah saya berjaya mencapai cita cita saya.
Maafkan saya..
Mereka kata saya pendendam. Tapi tahukah mereka
Hati saya tersiksa dengan sikap saya sendiri dan berkali kali saya cuma buang sikap pendendam ini tapi makin ditahan hati saya makin sakit bila mengingatkan apa yang dilakukan mereka terhadap saya. Dan hati saya akan tenang setelah membalasnya.
Maafkan saya..
Mereka kata saya sukar meminta maaf. Tapi tahukah mereka
Mulut saya sukar untuk menyebut perkataan maaf walaupon hati saya mengakui itu adalah kesilapan saya.
Maafkan saya..
Mereka kata saya sukar memaafkan. Tapi tahukan mereka
Saya telah pon memaafkan mereka tapi saya malu jika mereka tahu saya telah memaafkan mereka. Makin saya cuba untuk memaafkan, makin saya menjadi marah kepada mereka.
Maafkan saya..
Maafkan saya..Maafkan saya..Maafkan saya..
Dibulan yang penuh keberkatan ini, saya ingin memohon berjuta kemaafan atas sikap saya. mungkin bagi saya, saya adalah betul tapi bagi mereka adalah sebaliknya. Saya adalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan dan saya akan cuba belajar menerima pendapat orang lain dan membetulkan apa yang dikatakan oleh mereka mereka terhadap saya.
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN -
Written by : Ecah Khalili | 17 Comment(s)
![]() |