HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



16 Nov 2013 @ 12:39
Title: Mak Mertua Sarung Cincin



26/10/2013 hari Sabtu lepas asar merupakan hari akad nikah saya. Tapi sebelum zohor, kami adakan majlis di mana mak mertua saya menyarung cincin pada saya. Majlis ni ringkas dan singkat sahaja. Jadi saya tidak mengambil photographer sebab lepas sarung cincin tu saya kelam kabut tukar baju dan bersiap untuk majlis akad nikah selepas asar. Masjid tempat akad nikah jauh juga dari rumah. Kira kira 1 jam untuk sampai. Saya perlu bersiap awal dan bertolak awal supaya tok kadi tak tertunggu tunggu di masjid. Jadi kami mengadakan majlis ringkas dan singkat sahaja. Mujur ade Alya Syahira sudi jadi photographer last minit. Kelam kabut punya pasal sampai tak sempat nak cakap terima kasi kat si kecik ni.

Masa mak mertua sarung cincin, tak sempat nak ambil gmbar. Jadi gambar ni saya ambil sendiri lepas majlis untuk tunjuk kat korang. Hehe

Makeup saya oleh Sutinah Hamzah. Kawan saya yang suggestkan dia pada saya. Saya puas hati makeup dari dia. Tak terlalu tebal dan tak terlalu biasa. Sesuai dengan majlis. Heheh. Ok tak? (eleh..nak cakap pipi gemuk la tu..kan3) hehe..

Baju ni saya tempah di Tanjong Malim. Tempat di mana saya selalu tempah baju raya. Harga RM290. Cuma baju ni agak besar sikit sebab masa ukur baju ni dulu badan saya agak gemuk dari sekarang. So saya terpaksa pakai baju lengan panjang kat dalam supaya tak nampak besar. Masa ni saya kat dalam bilik sedang menunggu dorang kat luar tu panggil untuk keluar sarung cincin. Majlis baru nak bermula, tapi baju saya dah berkedut kedut. Nampak sangat tak reti duduk diam kan?hehe.

Ok. Inilah bondaku tercinta. Orang kuat dalam majlis saya. Sampai tak nampak langsung dia duduk relax. Nasib baik masa majlis ni mak sempat siap cantik cantik..hehe.."Eh mak!camera sini la..bukan sana.."

Dan inilah dia orang yang menyarungkan cincin pada saya iaitu mak mertua saya. Hehe. Teruja akhirnya saya bergelar menantunya juga..hehe..Err..kenapa nampak mak mertua lagi slim dari saya ni.. Kena belajar jaga badan dari mak mertua nampak gayanya ni.

Alhamdulillah akhirnya selesai juga majlis yang ringkas dan singkat ni. Sangat seronok sebab terasa jadi perhatian pulak masa tu. Banyak lagi gambar masa majlis ni. Tapi kalau nak masukkan semua kat blog ni, sampai esok pon tak habis kan. Doakan kebahagian rumahtangga kami ok. Gambar akad nikah dan gambar majlis persandingan masih lagi belum dapat dari photographer rasmi masjlis. Akan diupdate kemudian. =)


Written by : Ecah Khalili | 66 Comment(s)