HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d-4528922156639608747', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



6 Jun 2014 @ 10:36
Title: Genap 32Weeks.. Kaki Membengkak!!



Hari ni hari ketiga kaki membengkak. Tiap malam saya suruh suami urut. Haaa.. Bukan senang laki aku nak urut kaki tau. Haha. Sejak mengandung ni dia tabahkan je hati buat apa yang saya mintak. Hohoho.. Tapi yang saya perasan, kaki saya makin membengkak / sembab waktu petang sampai ke malam je. Bila bangun dari tidur kurang sikit bengkak kaki tu. Tapi bukan ler tak bengkak langsung. Kurang la kalau dibandingkan dengan waktu petang sampai ke malam. 

sumber dari http://www.utusan.com.my/


Tu masalah pertama. Masalah kedua pulak sakit yang terlampau kat pinggang sampai ke tulang pinggul. Duduk atas kerusi lepas tu nak bangun berbunyi "prakkk" dekat tulang pinggul. Mak oiii. Sakit gila. Sampai trauma nak duduk. Tapi kat ofis ni terpaksa la duduk jugak. Tak kan nak buat kerja mengadap laptop sambil berdiri pulak. Tak pe la. Dugaan mengandung. Dah tak lama dah pon. Sekarang ni pon dah 32weeks. Dah tak lama dah nak jumpa baby. Hehehe

Ok. Ni nak share kenapa bengkak kaki semasa mengandung (Sumber)
- Perut yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika duduk terlalu lama di dalam pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul dibahagian kaki dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Biasanya terjadi pada trimester ketiga kehamilan

Bengkak ini akan surut selepas melahirkan. Tetapi boleh dikurangkan semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut.

- Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
- Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
- Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
- Rendam kaki dalam air sejuk.
- Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- Regangkan kaki dan pusingkan pergelangan kaki, begitu juga jari-jari kaki. Gerak-gerakkan.
- Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.
- Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
- Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
- Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
- Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.

Berhati - Hati

Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
- muka atau keliling mata bengkak.
- tekanan darah tinggi.
- kencing kotor.
- sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Lagi beberapa minggu je lagi nak jumpa baby. Doakan saya selamat bersalin yer semua. Macam tak percaya saya nak jadi mummy dah. Huaaaa. Semalam suami bawak pergi beli diapers untuk baby. Menangis terharuuuuu..**


Written by : Ecah Khalili | 15 Comment(s)