HOME| PROFILE | ENTRY| PHOTOS | HOMEMADE RECIPES | WEDDING CHECKLIST | GA/SEGMEN | LINKIES

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7942506562426439793\x26blogName\x3decah+khalili+:\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ecahkhalili.blogspot.com/\x26vt\x3d1412738160919635079', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ecah Khalili
26 Years Old
a Wife . a Mummy . a Daughter

Webmistress
i am the owner, not you.

Welcome to my blog. Owned by Ecah Khalili. This is my special place where i can meditate and share my emotions with. Please remind yourself that this is my blog and i can put anything i want to post. Troublemakers aren't welcome here..
Instagram
11/06/2014 : Jika memerlukan sponser untuk Giveaway boleh bagitau saya k. =)
bold italic underline strong

Followers

Tagboard
keep comments to yourself.



Majalah Hijabista Edisi May 2014

Wedding Day 27/10/2013

Akad Nikah 26/10/2013

Jelita Beta : Nur Raisha Auni

Review From Blogger(s)
thanks for review

iehah farihah | izatisofea | gengentry | Liniey Nor

Credits

Designer: QING
Codings: Nicole
Edited: Ecah Khalili
Graphics & Inspirations: Sipei
Colors: Color Combos




Kedai Backlink,Backlink Percuma
Free Automatic Backlink

top blogs



7 Oct 2014 @ 12:53
Title: Day 2 : Pengalaman Bersalin Nur Raisha Auni : Salam Medical Centre Shah Alam



Day 1 : Klik SINI

Sambungan dari Pengalaman bersalin hari pertama. Untuk pengalaman bersalin hari pertama, klik link kat atas tu yer.

05 August 2014
Masuk hari kedua di SALAM. Sebelum subuh lagi nurse masuk bilik ambil tekanan darah n buat CTG. Suami tanya, "awak takde rasa sakit langsung dah ke?". Memang tak rasa sakit langsung pon. Dah dua kali induce tapi Ecah rasa sakit sekejap je. Kami sama-sama dah risau. Suami cakap dia nak keluar kejap. Tak lama lepas tu suami sms Ecah dia pergi cari surau dekat area hospital jap. Tinggal Ecah dengan mak je kat bilik. Lepas mandi, sarapan pon sampai. Ecah request roti + peanut butter n milo panas. Dah kenyang, baring n rehat jap sementara tunggu Doktor Asmah datang melawat bilik.

Pukul 8pagi, Doktor Asmah datang melawat bilik untuk check bukaan pintu rahim. Masih 2cm!!  Ya Allah, risaunya. Kenapa macam ni. Doktor Asmah mintak nurse buat CTG lagi. Siap pasang alat CTG kat perut, nurse terus tinggalkan bilik n biarkan alat terpasang kat perut Ecah. Masa ni Ecah n suami periksa keputusan kat kertas yang keluar dari mesin CTG tu. Eh, kenapa macam graf jantung baby tak macam selalu pulak ni. Selalunya ada naik turun graf tu. Tapi kali ni macam rata pulak graf tu. Suami pun perasan graf tu tak macam selalu. Tapi kami diamkan je. Tak nak mak risau. Tunggu nurse datang nanti baru nak tanya.

Setengah jam lepas tu nurse datang bukak alat CTG dari perut Ecah. Nurse tu terkejut tengok keputusan CTG n terus keluar dari bilik. Tak sempat Ecah tanya apa-apa. Reaksi Ecah n suami? Lagi bertambah risau la. Suami tanya, "macam mana kalau awak kena czer?". Ecah marah bila suami cakap camtu. Sementara masa yang ada tu Ecah mintak dia berdoa je. Kalau boleh Ecah nak bersalin secara normal. Tak pernah terfikir langsung pasal czer.

Lebih kurang pukul 11pagi, suami keluar dari hospital pergi beli air. Masa suami takde tu, Doktor Asmah datang. "Ada yang tak kena ni. 2 kali masuk ubat still 2cm n jantung baby dah lemah sangat masa buat CTG tadi. Maybe baby nak keluar ikut lain". Baby nak keluar ikut lain? Maksudnya Ecah akan di czer? Ya Allah. Tak ada cara lain ke? Tak pernah terlintas sepanjang Ecah mengandung yang Ecah akan bersalin dengan cara tu. "Tak ada cara lain ke doktor? Please masuk ubat kali ke3. Boleh tak?". Doktor Asmah tak berani ambil risiko untuk masuk ubat kali ke3. Doktor Asmah tunjukkan kertas graf hasil CTG tu. Jantung baby memang dah lemah. Betul apa yang Ecah n suami sangka. Maybe ada yang tak kena dengan baby dalam perut ni. "Bila saya nak kena czer?". Doktor jawab SEKARANG! Ya Allah. Ecah tak bersedia langsung. Menggigil rasa tangan n kaki.

Ecah call suami bagitau Ecah nak kena czer. Suami apa lagi, terkejut kemain la dia. Tak lama lepas tu nurse datang mintak Ecah baca n sign borang apa entah. Ecah tak baca pon sebenarnya. Kepala dah tak keruan. Terus je sign. Lepas tu nurse masukkan ubat untuk clearkan isi perut Ecah. Terberak-berak Ecah lepas tu. Haha. Kosong terus rasa perut. Dan buat pertama kalinya Ecah merasa pasang tiub untuk kencing. Entah bila Ecah kencing pun tak tau. Tetiba beg tu dah ada air kencing. Hehe. Ecah minta kebenaran dari doktor nak bawak suami masuk sekali dalam bilik bedah. Nak suami teman n tengok sendiri macam mana 7 lapis perut Ecah dibelah untuk keluarkan zuriat yang akan berbintikan dia nanti. Alhamdulillah. Doktor izinkan.

Siap pasang semuanya, tiba la masa Ecah akan ditolak ke bilik bedah. "Mak, doakan adik tau". Tak tau la berapa kali ayat tu Ecah ulang kat mak. Suami pulak sentiasa di sisi sepanjang Ecah ditolak ke bilik bedah. Sampai je, doktor pasangkan drip. Mulut Ecah tak henti-henti dengan doa Nabi Yunus. Sampaikan apa yang doktor tanya Ecah diamkan je. Air mata menitik-nitik tak payah cite la. Sampai nak basah baju. Haha. Takot wehh. Suami pulak kena pergi tukar baju hijau sebab nak masuk bilik bedah. Pakar bedah n pakar bius bagi penerangan panjang lebar kat Ecah. Ecah dengar sikit-sikit je. Tapi yang lawaknya doktor-doktor kat situ layan Ecah macam budak-budak. Diorang cakap macam tak percaya Ecah dah 26 tahun sebab nampak macam budak sekolah! Hampess.

Bila suami dah siap tukar baju, doktor suruh suami tunggu kat luar kejap. Diorang nak pasang alat-alat kat badan Ecah. Doktor tanya last scan berapa berat baby. Kalau tak silap 2.4kg je. Tapi masa tu pun 37weeks. "Ni dah 42weeks. Berat baby mesti dah 2.9kg -3kg". Doktor suruh Ecah duduk n bius kat belakang badan. Mak oii. Sakit giler. 5 minit lepas tu, doktor ambik 1 botol kecik n letak kat leher Ecah. "Sejuk tak?". Ecah cakap sejuk ais batu. Lepas tu doktor letak pulak botol yang sama kat peha n tanya lagi. Ecah rasa disentuh dengan botol tu tapi tak rasa sejuk. Doktor ulang lagi langkah tu tapi kali ni kat perut pulak. Bila Ecah jawab tak sejuk tapi rasa disentuh, doktor bagitau maknanya ubat bius tu dah bertindak dari pinggang sampai kaki. Ecah cuba angkat kaki, tak bermaya. Rasa macam takde kaki.

Ok, siap pasang alat n ubat bius pun dah bertindak. Bila doktor nak mula operation, suami pun masuk n duduk kat sisi Ecah. Kami berborak-borak. Masa ni Ecah dapat rasa perut Ecah kena toreh. Tapi tak sakit. Ecah rasa badan Ecah bergoyang-goyang bila 2 orang doktor tarik untuk koyakkan lapisan-lapisan perut yang lain. Doktor cakap air ketuban dah kering. Ya Allah. Risaunya. Harap baby tak apa-apa. Tak sampai 5 minit Ecah dengar baby nangis. Ha?? Cepatnyaaa. Terasa doktor tarik keluar baby. Lahirlah NUR RAISHA AUNI BINTI MUHAMMAD REZUWAN pada pukul 11.56pagi dengan berat 2.9kg sambil disaksikan oleh abinya. Masa doktor tarik baby keluar tu, doktor tunjuk kat suami tali pusat terbelit kat dada baby 2 kali belitan. "Patut la induce banyak kali tak mau keluar, rupanya tali pusat terbelit. Kan saya dah cakap ada yang tak kena". Ecah n suami tengok sendiri tali pusat terbelit kat dada baby. Ya Allah. Nasib baik tak jadi apa-apa kat baby. Lepas nurse tunjuk baby kat Ecah, nurse suruh suami azankan n lepas tu Ecah tak nampak dah muka baby n suami. Tinggal la Ecah dalam bilik bedah sementara tunggu perut siap dijahit. Siap je jahit, dorang letak Ecah kat bawah lampu panas. Rasa suam-suam sikit badan.

Nurse tolak Ecah balik bilik. Sampai je bilik, Ecah tengok family Ecah banyak dah ada. Abang, kakak, abang ipar, kakak ipar, anak buah semua ada. Semua tanya kat Ecah. MANA BABY?? Eh, sepatutnya soalan tu Ecah nak tanya kat diorang. Bila tanya suami, suami kata entah. Lepas azan terus nurse ambil baby bawak pergi. Nurse datang lepas tu bagitau baby diorang letakkan kat nursery sebab badan Ecah lemah lagi. Owh.,lega. Ingatkan ke mana la baby menghilang. Part yang paling terharu bila suami kiss dahi cakap terima kasih. Syahduuuu. Ok Tamat syahdu. Ecah raba perut. Rasa kosong semacam je. Dah lama tak rasa perut macam ni. Lapar jangan ditanya la. Tak tertahan-tahan. Tapi nurse suruh tunggu dalam 3 jam. Lepas tu try minum air masak. Kalau tak muntah dah boleh makan. Lepas 3 jam Ecah try minum air masak. Ok, tak muntah. Boleh request MAKAN!!Lapar sangat dah. Ecah mintak makanan orang pantang. Pertama kali nak hadap makanan orang berpantang. Macam mana la rasanya.


Ni makanan pertama Ecah makan lepas bersalin. Berselera betul. Rasa perut betul-betul kosong macam dah tak makan setahun. 


Masa Ecah tengah makan, family Ecah pergi tengok baby kat nursery. Tapi tak boleh masuk pun. Tengok dari tingkap cermin je. Suami ambik gambar ni n tunjuk kat Ecah kat bilik. Rasa nak menitik air mata. "Anak mummy".. Macam tak percaya je rasa. Budak yang selalu tendang-tendang mummy dalam perut dulu dah ada depan mata.

Lepas maghrib baru nurse hantar baby kat bilik. Ecah dapat tengok je. Tak dapat dukung. Badan lemah sangat. Kakak ipar suruh Ecah try bagi baby BF. Dia pegang kan baby letakkan kat atas badan Ecah. Seronoknya. Tapi baby macam tak puas. Maybe susu belum banyak lagi. Lepas Isyak, semua balik tinggalkan Ecah n suami je kat bilik. Mak pun ikut kakak balik Putrajaya. Penat katanya. Nak berehat dulu. Malam tu Ecah n suami panggil nurse bawak baby pergi nursery. Bukan tak nak jaga, badan lemah sangat. Suami pun tak pandai lagi nak jaga baby kecik-kecik ni. Haha. Tidur la kami laki bini berdua jer dalam bilik tu.

Bersambung..


Written by : Ecah Khalili | 14 Comment(s)